Steps to Achieve Success in Mathematics
· Always assume that mathematics is fun and easy
· Always be happy to learn mathematics
· Understand the concept and basics of mathematics
· Always do extra exercises
· Don’t give up easily when unable to solve mathematics problems
· Always ask when you do not understand
· Realise the completion of homework is only for your own good
· Solve past years PMR questions

Problem Solving Tips for Students

1.    Accept the problem
· Accept the challenge to solve unfamiliar or difficult problems.

2.    Understand and interpret the problem
· Read the question carefully several times and understand the key words.
· Identify what is given, what is the unknown and what the conditions are.
· Draw the diagram, make a model or act it out.
· Describe the problem in your own words.
              (This steps involves reading, identifying, understanding and observing)

3.   Plan a solution strategy
· Search for information to relate relevant data to the unknown.
· Use strategies such as:
· Guess and check with logical thinking.
· Simplify the problem, use tabulation or look for a pattern.
· Think of a related problem.
· Use a diagram or a model.
                     (This step involves critical and creative thinking skills).

4.    Carry out the plan or the solution strategy
· Apply the strategies and monitor your progress.
· Check each step carefully.
· Read the question again to make sure that you are on the right track.
· Avoid getting stuck in one method for too long, try another method.
· If you’re still stuck, take a break and read selawat 3 times. Do something              different and come back to the problem later.
(This step involves action to solve problems with the chosen strategy).

5.    Look back or recheck the solution
· Reflect, extend and seek improvement
· Check the result (Is it reasonable? Does it satisfy the given condition?)
· Check the solution. (Can I do it in the different way?)
· Improve on the method used.
· Extend the method.
              (How do I solve the problem if some of the condition are changed?)
              (This step requires students to evaluate the effectiveness of the solution strategy).

Advice to candidates
· Understand the basics mathematics concept
· Do lot of revision on Form 2 and Form 3 topics because a lot of Paper 2 questions are from Form 2 and form 3 topics.
· Always do drilling in order to master certain skills.
· Assume that mathematics is easy and get interested in it.
· Try to answer correctly and don’t get confused with the method shown.
· Read the questions carefully and understand it well.
· Don’t waste time writing an over extended method for just a simple answer.

Obstacles to success in Mathematics
· Assume that mathematics is difficult
· No appreciation and love towards mathematics
· Unable to grasp mathematics concept
· No self confidence
· No determination to attempt
· No effort to do extra exercises

Tips to answer Examination Questions
· What does the question requires?
· What do I need to find or calculate?
· What formulae should I use?
· Did I come across this type of questions before?
· Is my answer logic?



Sentiasa menganggap matematik adalah mudah dan ceria.

Sentiasa menanam minat mempelajari matematik.

Memahami konsep asas matematik.

Selalu membuat latih tubi tambahan.

Tidak terus berputus asa apabila tidak mampu menyelesaikan masalah matematik.

Selalu bertanya apabila tidak memahami konsep atau soalan.

Menyedari bahawa kerja rumah matematik adalah untuk kebaikan semata-mata.

Menyelesaikan soalan PMR tahun-tahun yang lepas.

Selalu berdoa dan meminta ibu bapa, guru dan rakan mendoakan untuk kita.

Sentiasa bertawakkal kepada Allah dan hanya Dia yang memberi ilmu dan kefahaman dalam Matematik.




Rakyat Malaysia pertama felo penyelidik bidang Matematik di Universiti Cambridge
2012/06/19 - 02:38:28 AM Berita Harian
KUALA LUMPUR: Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM), Azree Shahrel Ahmad Nazri (gambar) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008.
Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit. - Dr Pietro Lio’, Pensyarah kanan Universiti Cambridge

Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio’ dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.

Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge.

“Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,” katanya.

Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi.
Azree ketika dihubungi di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini,” katanya menerusi SMS.

Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree berkata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020.

“Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain. Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya,” katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik.

Matematik Tingkatan 2, Bab 7, Membina sudut 900dan 600



Al Khawarizmi Ahli Matematik Teragung

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya. Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).

Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang. Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16."Penulis asal -
ROHANA MAN”

Hari ini..

Demi Masa...

Countdown

Waktu Solat Manjung

Tukaran Wang

Source: ExchangeRates.org.uk

Kitaro Song